Dengan ini saya mengesahkan bahawa:
1. Saya mendaftar sebagai Sukarelawan Belia Pahang 1st secara sukarela tanpa sebarang paksaan.
2. Saya memahami bahawa aktiviti sukarelawan melibatkan risiko tertentu termasuk kecederaan fizikal, keletihan, dan risiko keselamatan lain bergantung kepada situasi di lapangan.
3. Saya mengesahkan bahawa saya berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental, serta layak untuk menjalankan tugasan yang diberikan.
4. Saya bersetuju untuk mematuhi semua arahan, SOP, dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur, agensi bertanggungjawab, Pengurus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta pihak berkuasa berkaitan.
5. Saya bersetuju bahawa pihak penganjur, agensi kerajaan, NGO dan pengurusan PPS serta pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda atau kerugian yang berlaku akibat kecuaian saya sendiri atau kegagalan mematuhi arahan dan SOP.
6. Saya bersetuju untuk menjaga kerahsiaan maklumat mangsa serta tidak mengambil, merakam atau menyebarkan sebarang gambar, video atau maklumat tanpa kebenaran pihak berkuasa.
7. Saya memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi saya selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bagi tujuan pengurusan sukarelawan dan rekod rasmi.
8. Saya tidak akan menuntut sebarang kos, perbelanjaan, pampasan atau tuntutan kewangan termasuk pembaikan kenderaan atau kos lain sekiranya berlaku sebarang masalah, kemalangan, kerosakan, kelewatan atau kejadian tidak diingini di sepanjang perjalanan pergi dan balik ke lokasi tugasan.
9. Saya memahami bahawa pihak penganjur berhak untuk menamatkan penyertaan saya pada bila-bila masa sekiranya saya melanggar peraturan atau didapati tidak sesuai untuk meneruskan tugasan.